Ekonomi adalah salah satu sains sosial. Apabila kita membicarakan sains sosial maka ia adalah merujuk kepada pengkajian dan penelitian terhadap sikap, sifat, tingkah laku dan perangai manusia.
Element pengkajian sifat dan perangai manusia ini adalah ciri yang begitu penting dan mendasar dalam setiap teori ekonomi yang akan dicipta atau digagaskan.
Selain dari pembuktian teori ekonomi melalui kajian tingkah-laku dan perangai manusia, sebahagian tokoh pemikir ekonomi yang lain menggunakan pendekatan falsafah dalam menggagaskan teori ekonomi mereka. Bahkan boleh dikatakan pertumbuhan dan permulaan ilmu ekonomi adalah berasal dari pemikiran falsafah yang cuba untuk diterjemah dan buktikan ke dalam kehidupan yang berfizikal dan bermaterial sifatnya.
Seumpama contohnya, sebagai bapa ekonomi (the founder of Economics) yang diimani oleh barat iaitu Adam Smith, sebelum menghasilkan magnum opusnya iaitu The enquiry into the Nature and Cause of wealth of the Nation, beliau adalah seorang ahli falsafah, ahli akademik dan psikologi yang mengajar subjek moral di ketika itu.
Atas penelitian dan pengkajiannya terhadap subjek tingkah laku manusia itulah yang menerbitkan ilmu ekonomi yang diterima pakai hari ini. Adam Smith yang lebih dikenali sebagai pengasas ekonomi Kapitalis telah dianggap agung oleh Barat kerana pendekatan teori ekonominya diterima pakai sebagai pendekatan terhebat untuk memacu ekonomi sesebuah negara sebelum ini. Namun, malapetaka krisis kewangan yang melanda US baru-baru kini terpaksa mengaku bahawa diakui ekonomi pasaran bebas bukanlah pendekatan ekonomi yang terbaik kerana ia terdedah dengan kerapuhan dan kesan sistem kewangan yang tidak boleh dikawal dan dijangka akibat persaingan terbuka dan bebas ditambahi pula dengan amalan riba yang mendarah daging dalam system kewangan Barat.a
Memang diakui bahawa Adam Smith telah mempelopori gagasan ideologi Kapitalism di dalam pendekatan ekonomi beliau. Secara ringkasnya, Kapitalism merujuk kepada kaum pemodal yan menjadi tunjang di dalam menggerakkkan sesebuah ekonomi Negara itu. Oleh kerana pada saat itu Barat sedang mengalami proses...bersambung...